Fly Siswa adalah Inisiatif bantuan subsidi pembelian tiket penerbangan untuk para pelajar yang menuntut di universiti awam, bagi laluan domestik antara Semenanjung, Sabah, Sarawak & Wilayah Persekutuan Labuan.
Sila klik SINI untuk mendapatkan baucar subsidi pembelian tiket penerbangan RM300.
Antara terma dan syarat bagi bantuan subsidi tiket penerbangan ini adalah seperti berikut:
1. Pelajar yang layak untuk menerima subsidi ini adalah semua pelajar warganegara Malaysia yang sedang mengikuti pengajan di universiti awam pada tahun 2023 dalam kategori berikut;
i. berasal dari Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Semenanjung Malaysia;
ii. berasal dari Semenanjung Malaysia (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah, Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
iii. berasal dari Sabah (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sarawak atau Wilayah Persekutuan Labuan;
iv. berasal dari Sarawak (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Wilayah Persekutuan Labuan; atau
v. berasal dari Wilayah Persekutuan Labuan (berdasarkan alamat tetap) yang sedang menuntut di Sabah atau Sarawak.
2. Hanya sah untuk pembelian tiket penerbangan sehala atau dua hala bagi laluan penerbangan kelas ekonomi antara tempat asal (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) dan tempat pelajar sedang menuntut (Semenanjung Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
3. Hanya boleh digunakan untuk pembelian tiket penerbangan MYAirline;
4. Permohonan baucar hanya dibenarkan sekali sahaja. dan
5. Tarikh akhir penebusan baucar untuk pembelian tiket penerbangan adalah pada 31 Disember 2023.
Namun, pembelian tiket penerbangan untuk perjalanan selepas tarikh akhir penebusan baucar adalah dibenarkan.
6. Pelajar boleh menyemak kelayakan melalui pautan laman web Kementerian Pengangkutan (MOT) di www.mot.gov.my .
7. Tempoh permohonan & tempoh sah laku baucar subsidi adalah dari 15 Ogos 2023 - 31 Disember 2023.
8. Baucar susbisidi RM300 boleh diguna berulang kali sehingga amaun RM300 habis digunakan.
9. Baucar subsidi RM300 hanya boleh diguna pakai untuk pelajar yang layak menerima subsidi sahaja. Ianya tidak boleh dipindah hak milik dan pembelian tiket untuk individu lain.
10. Baucar subsidi akan dikeluarkan dan diemel kepada pelajar dalam masa 1-3 hari bekerja.
11. Pelajar boleh menebus dan menggunakan baucar subsidi di laman web MYAirline www.myairline.my sehingga 31 Disember 2023
12. Sebarang penukaran tarikh penerbangan boleh dilakukan melalui pautan www.myairline.my melalui “live chat” selewat-lewatnya 48jam sebelum tarikh berlepas. Apa-apa berubahan tarikh penerbangan adalah tertakluk pada terma dan syarat syarikat penerbangan MYAirline.
13. Terma dan Syarat Am: -
- MYAirline berhak untuk membatalkan baucar subsidi pelajar jika pelajar didapati menyalahguna baucar subsidi pada bila-bila masa tanpa liabiliti dan memberi sebarang sebab.
- MYAirline berhak untuk menukar, mengubah suai Terma dan Syarat ini pada bila-bila masa tanpa notis mengikut budi bicara mutlak MYAirline.
- Semua Terma dan Syarat MYAirline adalah muktamad.
- Terma dan Syarat MYAirline boleh didapati melalui pautan ini.
----
Fly Siswa is an initiative Subsidies assistance for the purchase of air tickets for public universities students, for domestic routes between Peninsular Malaysia, Sabah, Sarawak & Federal Territory of Labuan.
Please click here to redeem the flight ticket voucher worth at RM300.00
Terms and Conditions for the RM300 Fly Siswa Subsidies Voucher :
1. Public university students who are eligible for Fly Siswa Subsidies Voucher are as follows:
i. Originated from Sabah, Sarawak or Federal Territory of Labuan (based on permanent address) but currently studying in Peninsular of Malaysia
ii. Originated from Peninsular of Malaysia (based on permanent address) but currently studying in Sabah, Sarawak or Federal Territory of Labuan
iii. Originated from Sabah (based on permanent address) but currently studying in, Sarawak or Federal Territory of Labuan
iv. Originated from Sarawak (based on permanent address) but currently studying in Sabah,or Federal Territory of Labuan : or
v. Originated from Federal Territory of Labuan (based on permanent address) but currently studying in Sabah, or Sarawak
2. Only valid for the purchase of one-way or two-way flight tickets for economy class flight routes between the place of origin (Peninsular Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan) and where the student is studying (Peninsular Malaysia/ Sabah/ Sarawak/ Labuan);
3. Only valid for the purchase of MYAirline flight ticket.
4. Voucher application is only allowed once: and
5. Voucher redemption deadline for flight ticket purchased is on 31 December 2023. However, purchased of flight ticket for travel after the deadline is allowed.
6. Students can check their eligibility via Ministry of Transportation (MOT) website at www.mot.gov.my
7. Subsidies Voucher application and validity is from 15 August 2023 to 31 December 2023.
8. RM300 subsidies voucher can be used repeatedly until the RM300 amount is fully used.
9. The RM300 Subsidies voucher can only be used for students who are eligible for the subsidy. It is non-transferable and purchase of tickets for other individuals.
10. Subsidies voucher will be issued and email to students within 1 to 3 working days.
11. Students can redeem and use the subsidies voucher at MYAirline website (www.myairline.my) until 31 December 2023.
12. Any changes to the flight date can be done at www.myairline.my, via live chat no later than 48 hours before the departure date. Any change in flight date is subject to MYAirline's terms and conditions.
13. General Terms and Conditions :-
- MYAirline reserves the right to cancel the student subsidies voucher if the student is found to have misused the subsidies voucher at any time without liability and gives any reason.
- MYAirline reserves the right to change, modify these Terms and Conditions at any time without notice at MYAirline's sole discretion.
- All MYAirline Terms and Conditions are final.
- MYAirline Terms and Conditions are available here